Assalamualaikum...
Lama betul tak menyinggah, macam masa tu dipenuhi dengan segala aktiviti yang takder penghabisan termasuklah tidur..haha.. tidur tu penting tau :)
Tapi even sibuk mostly di waktu siang, aku akan pastikan yang aku akan online memalam.. Yelah kan, sibuk je kat opis, aku nak jugak amik tahu perkembangan dunia, cthnya : banyak lagi negara2 yang penduduknya masih lagi berada diambang kesusahan.. tak cukup makan, kelengkapan hidup, perubatan, pendidikan jauh sendiri.. kesian.. so inilah yang membuatkan aku tak berhenti bersyukur pada Allah kerana Malaysia masih lagi aman untuk diduduki.. Even kalau korang tengok politik kerajaan kita ni lebihnya yang negatif, tapi jika tak melibatkan kehidupan aku tak payahlah nak menyibukkan kepala hotak aku ni membuat overtime memikirkan benda2 karut tu.. bukannya untung pun..
Semalam adalah hari terakhir Syawal tahun 2012.. banyak aktiviti kami sekuarga, termasuklah balik kampung.. Mengikut kebiasaan, kami 4 beranak akan beraya di PJ dulu, raya ke-2 baru balik Kemaman.. banyak betul dugaan hari tu.. tapi kekadang bagi aku, sebagai wanita @ isteri kena jugak mempertahankan hak untuk mengelakkan ditindas oleh anasir2 'jahat'.. bukan apa, wanita sekarang bukan mcm wanita dulu yang most of them duduk kat umah jaga kuarga, umah, uruskan rumahtangga (hukum alam).. skarang kita seiring dengan kaun Adam yang keluar bekerja membantu mereka.. so sikap timbangrasa kena wujud di hati mereka supaya wanita ni lebih rasa dihargai takderlah dilayan mcm hamba abdi even kitab ckp syurga ditelapak kaki mereka.. ramai diantara mereka yang menyalahguna kuasa yang diamanahkan..
yang tersiksa cucu cicit Hawa :'(
Kerja kat opis pulak tak habis2, dengan masalahnya lah.. kalau deal ngan komputer sahaja takper, tapi yang susahnya nak berunding dengan 'org' yang susah tu.. yelah kan, masih2 ada otak tersendiri..hahah... so susah nak jangka & kawal.. tapi apapun sabar jelah.. memikirkan nak mencari rezeki untuk anak2, maka terpaksalah telan semua tu..
Study?.. haha aku skarang dah Semester 3, cepat betul masa berlalu.. kali ni aku amik 2 subjects.. Alhamdulillah masih lagi berada di dalam kawalan.. Aminnn :)
Ni gambar salah satu dari gambar raya kami.. ahah even tak cukup krew, yelah kan semua tengah sibuk bersiap nak berjalan raya :)
Happy je kan ? Alhamdulillah tahun ni semua adik beradik ku ada, ayah aku skarang ada 6 org anak, 3 org menantu dan 8 org cucu (one more to go) what a wonderful family we have :)