Tuesday, July 10, 2012

pertama kalinya... jeng jeng jeng


Buat pertama kalinya aku menderma darah, diulang darah dan bukannya dara (ada lagi ke..huhu siot) perasaan ku masa tu?, semua ada, sakit perut, berdebar, jantung aku ni kalau boleh tercabut dah lama terkeluar ikut mulut aku nih hah..  mujur ada teman waktu tu-Farhan, boleh jugaklah diajak berbual masa nak tunggu turn aku.. dah lama dah aku teringin nak menderma darah ni.. bukan apa, org kata kalau nak naikkan berat badan pergilah menderma darah.. season lepas aku pegi jugak ambik test, tp hampa sbbnya tekanan darah aku rendah waktu tu.. berat badan OK dah, cuma takder rezeki.. Kalau ikutkan aku mmg ada sejarah  tekanan darah rendah, doklah gelap mata.. Ni nak kena mkn kerang lebih nih :)

Berbalik pada citer hari ni, lepas balik dari hantar mek Ecah ke sekolah, aku terus ke Lemans meeting room yang menempatkan team dr PPUM.. berbaris ler katil ngan penderma yg baik hati tu.. berdebar giler :p

Mmmmm... tak sampai pun setengah jam, dan aku cuma derma hanya 200..hahah sikit siot tp adalah dlm satu pain kecik tu.. OK lah kan buat permulaan.. tak terasa pun sbnarnya time nurse cucuk lengan aku masukkan jarum tu, aku ni over je yg lebih.. seram sgt kononnya.. dan tak sampai setengah jam pun.. maka selamatlah darahku yg aku simpan hampir 32 tahun tu aku kuarkan.. 

Harap2 lain kali boleh derma lagi.. aminnn !




Saturday, May 5, 2012

Don't cry because it's over, smile because it happened....

Betul kan quotes tu.. apa yang berlaku ada sebabnya dan telah ditentukanNya.. so faced it even you don't like it.. don't cry because it's over but you have to smile because it happen.. kata nama lain, kena syukur dan redha dengan apa yang berlaku.. tapi hakikatnya yang tak best tu memang pedih, rasanya kalau nangis kuar air mata darah pun tak guna :'( .. We only live once, but if you do it right, once is enough.. rite ?

Itulah yang aku rasa.. dan bukan baru dua tiga kali, tapi banyak kali.. rasanya macam tak adil untuk benda tu berlaku pada diri aku.. aku dah buat sedaya termampu, dan ada kalanya aku juga memberontak.. bukan untuk memenangkan rasa ego aku, tapi aku rasa perlu untuk pertahankan diri.. yelah, asyik pihak sana saja yang menang, aku juga nak.. salah ke? I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle.. but 'you' too, 'you' also make mistake even worst then what I've done, tapi bukan kata nak mintak maaf, mengaku pun tak nak...

mmmm.. sabar je lah.. itu ayat terbaik untuk memujuk hati ku ni.. nak lari?. kerana pikirkan tanggungjawab yang besar, aku rela memendam rasa yang aku tak tahu bila akan akhirnya.. 
In three words I can sum up everything I've learned about life : IT GOES ON

@@@@@@@@@@@

“You've gotta dance like there's nobody watching,
Love like you'll never be hurt,
Sing like there's nobody listening,
And live like it's heaven on earth.”
― William W. Purkey

Sunday, March 18, 2012

Exam is just around the corner :'(


oitttttt.. dah 3 bulan :P .. rasanya macam baru semalam aku pi register alih2 dah final exam.. seminggu dah aku rasa kupu2 dlm perut aku ni, tak hilang2 sampailah ke la nih.. huhu.. dah lama wei aku tinggalkan dunia exam ni..


smlm masa aku pi kelas, officer FMM ada bagi Final Examination Entrance Slip & Schedule..since tu lah, aku dah tak lena duduk.. seram sejuk semua ada.. sekarang ni pun aku duk sibuk type test question yang kami buat tadi.. Mr Vizayer Raj is our Warehousing lecturer yg amatlah berpengalaman dah memang the best lecturer ever.. hahah bodek tuuu :)

I do hope that I will find it interesting and enjoyable.. aminnnn

Monday, January 23, 2012

Sewaktu kau ku tinggalkan...

Let me tell you guys one thing.. I am terribly BUSY.. so kalau tak muncul lama maknanya memang tengah bersilat dengan kerja yang bertimbun ni.. kejap jadik executive jabuk, kejap jadik driver lorry (hahaha), dengan sibuk menjadi super mamanya.. dan one more that will make you guys in shock which I am now back as a STUDENT.

FMM (Federation of Malaysian Manufacturers) now being my 3rd home after Continental.. Part Time study kata orang in Diploma in Logistics Management for 2 and half years. My class will only on Saturday & Sunday but not every week. Me now in Semester 1 will only start my 1st class on 28th Jan and this semester I take only 1 subject named Warehousing. From 24 modules/subjects, FMM dengan baik hati gave me exemption of 9 modules which me already taken when Diploma. Syukur Alhamdulillah... bukan senang tau nak study balik ni, huhuhu so kalau dah dapat exemption tu kira OK lah kan.. So out of 24, only 15 module for me to take.. Doakan I berjaya dengan jayanya ok..?

Actually, the costs will be beared 100% by Continental. Baik hati kan !! Hahaha dan sebenarnya I 'dipaksa rela' oleh my direct boss.. dan I will get the pulangan after I finished this whole Diploma.

And the good news is me will be attached to Continental for another 2 years after graduated.
Means, after finish my study I have to continue my work kiranya sebagai balasan Conti cover all the courses fees. Kata nama lainnya Bond. Kalau nak benti keje within that period, I have to pay back to them. So, takder chance lah ye nak cari keje lain :(

Wish me luck friends... aminnnnn !!

Thursday, November 10, 2011

Tips menangani anak-anak

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"