Saturday, February 28, 2009

Anak-anak ku yang rajin !!!

Sejak Aisya ke sekolah ni, aku ada belikan buku-buku untuk dia buat exercise di rumah. Antaranya buku 123 & ABC... alah yg titik2 utk dia sambung2 jadi huruf tu.. Rajin betul dia, setiap kali balik dr rumah Acik babysitter tu mulalah dia terbongkok2 buat kerja dari buku yg aku belikan tu.

Last 2 weeks aku dan dear hubby ke Ikea, survey meja tulis+stool untuk budak2 ni. Kami beli ajer stool jerk sorang satu, sbb side table opah depa ni ada dan sedang elok jerk dengan stool tu. Lain kali lah mama beli meja yerk..

Rafiq pun sekarang ni dah pandai ikut apa yg kakak dia buat. Berebut siap ngan nangis2 lagi. Nak jugak menulis, so aku belikan jugak buku2 latihan + pencil colour untuk dia. Sesuai lah untuk dia yg berumur 3 tahun tu.

Rasanya dah buku ke-3 Aisya siapkan. Termasuklah buku Alif Ba Ta. Yelah bagi pendedahan awal kat budak2 ni elok jugak, takkan nak harapkan sekolah jerk. Aisya pulak ni sejak ke sekolah aku tengok dah pandai sebut nama sendiri, dah pandai nyanyi walaupun cuma nada jerk yg kami paham. Ayat apa yg dinyanyi belum nyata lagi sebab pelatnya sungguh2 tak hilang.

Kalau Rafiq marah2 Mama @ Abah, dia yg sibuk ckp apa yg Rafiq buat tu tak elok.. hehe.. cakap mcm budak besar.. Hari2 cerita apa yg dia buat kat school, apa yg dia makan, sapa kacau dia etc.. Cara dia tu macam suka sangat ke sekolah. Ada jugak budak2 lain yg aku dengar nangis sbb taknak ke sekolah, lain pulak dengan anak dara mama ni. Ada satu hari tu dia demam, so esoknya hubby aku tak bagi lah dia ke sekolah, takut jangkit ngan kawan kan, tp member kita tu siap nangis2 lagi sbb sibuk suruh siapkan dia ke sekolah.. Alahai anak mama nih, harap2 berterusan lah sampai bila2 yer...

Thursday, February 12, 2009

Badanku yang tak berapa sihat...

Jumaat lepas aku had bad migrain lagi.. lagi teruk dr yg sebelum2 ni.. sampai aku terpikir agaknya mcm ni lah org yg kena Brain Canser.. sakit yg amat.. Sampainya aku termuntah2 yg entah berapa belas kali, dan terberak2.. Kepala sakit sebelah..
Puncanya aku rasa sbb pagi tu Rafiq tak habis mkn chocolate dia dan terus masuk dlm mulut aku. Aku allergik mkn chocolate kalau perut betul2 kosong. Sampai ke opis dlm kol 8.45 baru aku brekfast. Sebabnya aku dah rasa mata aku dah lain mcm.. Aku sbnarnya dah agak kalau mata aku ni silau2, maknanya aku akan merana satu hari dek kerana migrain.. Sangkaan ku betul.. Sebabnya, dlm kol 10 gitu aku dah start sakit kepala yg amat. Aku rehat kat surau sampai kol 1pm..tak rehat manapun sbb tak boleh nak tidur.. last2 lepas dah menahan sakit perut sbb asyik muntah, aku decided balik rumah..

Tak sempat aku buka pintu, aku muntah lagi.. Allah jerk yg tahu situasi aku ms tu.. Sabtu ptg br mgrain aku hilang sikit.. Smlam (Rabu) migrain aku dtg balik, dan udahnya aku balik kol 1pm sbb tak larat dah perut aku ni asyik dok muntah.. aku tak tahulah apa masalahnya kepala aku ni.. Ada penyakit misteri ke aku ni..???

Tuesday, February 10, 2009

Hujung minggu yang amat membosankan ...

Tajuk entry pun dah tahu apa yg terjadi.. takder aktiviti yang kami lakukan untuk memenuhi cuti hujung minggu dan Thaipusam ni.. anak2 dah melasak sakan memberontak untuk ajak keluar jalan..

Bukan taknak keluar, tapi keta kecik laki aku tu baterinya buat hal.. Takmo hidup since last week Monday.. dan memandangkan kami pergi ke kerja naik motor sendiri2, makan laki ku lajaklah ke workshop tukar bateri yang baru.. Semalam petang baru ok.

Kak Widya bininya Rasyid baru bersalin anak ke-3 smlm pagi, lelaki jugak.. So, depa sekarang ada 3 hero kecik yang boleh tahan lasaknya.. Comel, putih dan cubby.. keluar jerk dah 3.6kg.. Sebelum tu kami ke Carrefour beli buku2 latihan Aisya. Buku2 yang aku beli dah habis penuh. Rajin budak ni buat latihan sendiri.. cayangggg dia.. moga2 Aisya jadik budak yang pandai dan bijak jaga diri dan boleh jadik mcm Mok De' yang belajar jauh2 menimba ilmu.