Monday, April 27, 2009

Muffin ku..

Dah lama sangat aku nak buat muffin nih.. dah lama jugak anak2 aku dok berangan nak buat muffin dengan aku.. asyikler dok bertangguh.. salah satu sebabnya aku tak confidenat nak pakai mak tua aku nyer oven, alah yg attached dengan dapur masak tu.. yoler mana ada tempreture setting kat situ.. Satu halnyer lagi, aku mana ada penimbang.. kebanyakkan resepi yg aku dpt dari internet semuanya pakai gram.. tak jumpa sey yg pakai cawan-cawan nih..

So, disebabkan aku pun mmg tak sabar nak buat (1st time beb) pagi sabtu tu aku pergilah PJ Oldtown pi beli penimbang.. dapatler.. Barang2 lain semuanya dah cukup, so pagi tu jugak aku mendemokan muffin nih.. aaaa... tak sampai pun 1/2 jam.. semuanya dah siap, tinggal bakar jerk dlm 20 minit.. takderlah mencabar sgt pun buat muffin ni sbb resepi ni tak perlukan mixer.. main lempar jerk.. Chocolate Muffin ku pun siap ler.. sedap sey.. hehehe .. laki aku pun puji..
Sorry aku tak tempek gambar kat sini sbb asben ku nyer digital camera di pinjam oleh abang iparku yg ke Mekah mengerjakan umrah..

So kengkawan yg nak cuba tu bolehlah refer kat resepi di bawah ni yg aku amik dr My Resipi.com :-

Bahan-bahan ( utk 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powd

Cara2
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler"
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang)
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit
7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit (sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.. ok dah siap !!!

Selamat mencuba ; )

Thursday, April 23, 2009

Pricing Survey Trip

Huhuhu. lama sungguh tak update blog ni... dah nak bersawang dah rasanya.. tak de masa lah nak update sbb kerja byk sangat yang nak dibuat..

Nih aku nak citer sikit pasal kerja kat opis nih.. memandangkan aku ni dah lama sgt tak kuar buat Pricing Survey, so masa dah tibalah untuk kami keluar (me & Normah).. inipun atas arahan lady bos yg kat Shanghai tuh.. uishhh mcm2 sungguh halangan dan komen2 kami dpt yg telah membuatkan mood kami spoil before pergi..

Kuantan Trip @ 13/14 Apr

Kami dah decide nak pergi rasanya dari end of March, asyikler dok pending..last2 pergi jugak.
Bertolak ke KLIA dlm kol 7.30 sbb flight kol 9.10am dan lebih kurang kol 9.45am sampai ke Kuantan Airport.. tak risau sbb dah janji dengan one of the saleman utk fetch kami ke Kuantan Branch office. Masa mula2 bos besar nak approved ATT kami terkujat jugak dia naper kami naik MAS, tp disebabkan mana ader AirAsia turun kat Kuantan, barulah dia ok.. punyalah taik idung masin depa2 nih.. berkira sgt.. hampesss...

Dlm kol 12 tu dah start pi dealer branches.. aku ikut Alfred. Normah ikut saleman lain.. Ya Allah.. panehhhhh nyerrrrr.. keta cantik (BMW) cumanya jenis lama.. bukan aircond tp hangin yg kuar dr lubang aircond tuh.. aduihhhhh.. hahaha satu hari haku sakit paler sbb tak sarapan & perut kosong, sampai muntah2 (sabor jelah) , campur dengan info yg tak memberangsangkan lagilah aku pening.. 5 dealer kami pergi tau sekitar town Kuantan !!! .. sampai hotel (Vistana Kuantan), aku dah tak larat nak gerak.. punyalah hampehhh.. lepas maghrib pi mkn kat restoran sebelah Vistana tu barulah paler aku ok sikit.. Rasa mcm tobat nak buat kerja ni pun ada masa tuh..

Hari ke-2 tu mcm ok sikit sbb kami pergi berdua ke central Pahang.. Temerloh+Jerantut+Maran etc, adalah 4 dealer kami sempat grap.. flight pulak kol 7pm.. terkejar2 jugaklah kami ms tuh.. sampai rumah kol 9.30pm.. layan budak2 comel tu lagi.. aduihhh.. esoknya pergi kerja aku dah mamai.. kerja beb.. ingat nak monteng, tp seram kot boss carik.. Hahaha.. har Khamis tu aku MC, sempat ke opis tp paler dah berat sgt campur ngan sakit belakang (nak period).. aku apa lagi kol 10 tu terus cabut balik umah.. satu hari aku tido.. lotihhhh mak, nyahhhh !!!


Penang Trip @ 20th till 23rd Apr

Kali nih plak kami naik AirAsia.. aduihh.. sempitnya seat dia.. flight kol 6.55am tp kol 4.30 dah berangkat ke LCCT.. korang bayangkan pukol baper aku bangun pagi tuh.. Asben k.ella yg hantar kami ke airport.. punyalah ngantuk..

Our plan to made this Pricing Survey for all region is actually to dig the end user price for all PLT tyre not only our brand tyre but for all competitors, includes the wholeseller, retailer & dealer.. Actually good also for us to see where are we now.. As you see our market now not in a good mood and for us to sell in higher price, thats why this survey important to Conti to change the price & the centralised to be competitive in market.. Cam gitulah citernyer..

Kali ni aku tak berapa penat mcm ke Kuantan sbbnya cuaca kat Penang ni agak ok. Our dealers pun mmg very friendly to give all the informations, and the environment made us easier to move around and balik awal ke hotel & have a good rest.. Byk jugaklah dealers yg kami dapat captured for these 3 days.

before our flight to PJ at 4.45 pm tu, sempat kami shopping brg Penang.. hehe setakat jeruk je lah.. coklat utk anak2 aku tuh.. tak bannyak pun yg kami dpt beli coz no choices to made. Sampai rumah around 7 pm. Rindu kat budak2 ni toksah kata.. uishhhh mcm tak jumpa sebulan...hihihi