Wednesday, June 24, 2009

Kota Kinabalu.. here we come !!

Lama sungguh kami tak jenjalan jejauh.. uishh.. sonok giler kali ini punya percutian.. punyalah lama dari 18/June till 23/June (6h 5m) Aisya siap dengan ponteng sekolah lagik : ( .. Padahal 2 minggu cikgu dah bagi cuti, tapi still tak cukup, ponteng lagik 4 hari.. meriah sungguh.. Bukan haper, time cuti sekolah tak sonok nak berjalan sbb sure ramai orang especially kat tempat2 percutian.. Emmm kebetulan plak aku dah booked Air Asia dah dari last year utk dpt seat paling murah.. emm last year beb.. punyalah dah plan awal nak berjalan.. huhu.. tapi kali nih punya bercuti haku abis adalah dalam 1 bulan gaji ; ( .. makkkk aiii nampaknya lama lagilah kami boleh berjalan2 lagik sbb nak kena start menabung lagi nih !!

1st day

Flight kol 12.50 thgari.. sajer book yg time tu sbb tak ler kami terkejar2 sangat nak ke LCCT. Maklumlah perjalanan dlm 1 jam dr PJ. Naik cab asben Kak Normah dlm kol 10.30 pagi sbb dah call dari semalam petang. Lepas check-in melegar2 jugak kami kat LCCT tu dengan anak2 ku dah boring.. nyesal kuar rumah awal sbb byk masa kami terbuang kat situ.. Sampai KK dlm kol 3.30ptg sbb flight lambat berlepas.. kawan asben - Anuar dah tunggu kat pintu keluar dan kami terus check in @ Tune Hotel.. sempat late lunch, dah lapar tahap babas sbb pagi td sempat makan nasi goreng jerk.. Mak aiii.. Tune Hotel ni punyalah sempit bilik dia.. penuh dengan cermin jerk nak nampak luas.. Tempat mmg dah strategik sbb sebelah tu ada shopping complex 1 Borneo.. Pandai paler hotak Tony Fernandes nih sebabnya walaupun bilik dia charge murah tapi segala mak nenek dia charge dari ke towel hinggalah ke tv.. kalau nak nengok tv kena byr lain, nak mintak towel+toiletries kena byr lain dan hinggalah ke air-cond, kena byr lain.. tup2 harga bilik sruper mcm hotel lain yg charge ratus2.. Aku sempat book online 2 mlm kat situ tp kami cuma tido 1 mlm jerk sbb esoknya dah plan nak ke Poring Hot Spring .. yang berada nun jauh ke Kundasang..



As per Wikipedia "Poring is a small tourist resort in Sabah, Malaysia. Located 40 km south-east of the Kinabalu National Park Headquarters, in the district of Ranau, Poring is situated in lowland rainforest, contrasting with the montane and submontane rainforest of Kinabalu National Park. The name Poring comes from a Kadazandusun word for a bamboo species found in the area. Poring is known for its hot springs and the popular recreation and tourist complex is known as Poring Hot Springs. The springs are known for their therapeutic properties and the waters with their sulphuric minerals are reputed to ease aching muscles. The baths are favoured by returned climbers of Mount Kinabalu"



2nd day

Lupa nak citer, kami sewa keta Kelisa kat KK ni.. senang beb nak ke mana2.. lagipun tak berapa mahal sewa dia.. naper naik keta kecik ? Keta besar dah fully booked.. huhu ramai jugak yg dtg KK ni time2 bukan cuti sekolah..



2nd day ni pepagi lagik kami dah turun bertolak ke Poring.. adalah 2 jam baru nak sampai.. jalan raya depa tak berapa best, facilities pu tak berapa sempurna maklum sajer pedalaman.. cuaca hari tu best giler, tak berapa panas & tak hujan.. anak2 dok lalok sebab muka bumi depa tak rata, bengkang bengkok dengan gunung ganang yang agak tinggi.. asben aku yg dok sonok sangat.. udara segar katanya.. sampai ke Poring kami sibuk dok carik bilik.. tak book awal2 sebab tak tahu mana yg best.. huhu.. kami book chalet yg paling dekat dengan Poring Hot Spring nih sbb senang esok pepagi nak terjah.. alahai kalau korang nak tahu, bilik dia amatlah tak best, takder air-cond, takder tv dan amatlah tak selesa.. tp memandangkan tak der chalet lain yg lagi best, so kami terpaksa lah stay di situ walaupun hanya 1 malam.. dan mlm tu kami cuma dinner maggi.. haha.. tak best kan?? memandangkan di Kundasang ni kaum nya bukan 100% Islam so was2 jugak nak makan di gerai2 tepi jalan tuh.. uishh dengan anjing berkiaran lagik..mmg lah tak selesa nak mkn di situ..




3rd day

Pepagi lagik dah bangun.. huhu.. mlm td punyalah tido awal.. dlm kol 8.30pm dah masuk bilik.. bosyan sungguh.. kesian budak 2 tuh.. dah lah takder tv, rasanya kalau ada tv pun takder haper yg kami leh tengok sbb chalet ni berada di kaki bukit, sepanjang perjalanan kami nengok kebanyakkan rumah ada arial Astro.. maknanya mmg tak dpt siaran tv biasa ler yerk !!



Emm anak2 pulak dah sonok sbb dah ckp awal2 nak pi mandi air terjun.. sebenarnya takder lah kami pergi sampai ke air terjun tuh.. sebab kat sini depa dah sediakan tempat utk mandi, air panas lagik.. ada kolah2 kecik utk sorang2 mandi.. tempatnya mmg okey.. selesa.. dan yg penting tempat persalinannya bersih.. kalau korang nak tahu, kolah yg ada disediakan sekali dengan tadahan air panas dan air sejuk.. so takder lah sejuk sangat dan takder lah panas sangat utk kami berendam.. haha yg best tu dalam separuh kolah air yg dah ditadah oleh laki ku dan masa dia tengah dok sonok berendam aku ternampak satu binatang yg amat menggelikan melingkar di betis dia..pacattttt !! geliiii sungguh !! terus dia bangun dan pi mandi kat kolah lain.. yelah airnya kan dtg dari sungai.. so binatang 'buas' yg ada kat sungai pun merayap lah masuk sekali ; )



Dlm tengahari lepas check-out tu kami start turun ke pekan Kundasang plak.. lepas tinjau2 suvey hotel yg best, kami decide stay kat Kinabalu Pine Resort.. uishhh sonok giler dengan pemandangan yang amatlah best sekali utk sapa2 yg baru kawin - kira mcm honeymoon ler sebab sangatler sejuk dan kita akan nampak jelas Gunung Kinabalu tuh.. kemain lagi laki aku dok amik gambar dan dok bosan jugaklah anak2 ku yang dipaksa berposing.. best stay kat sini walapun rate nyer mahal sikit tapi dia sekali dengan dinner yg byk choices dan breakfast yang sungguh menyelerakan..




Lepas check in dan transfer semua barang, kami keluar sebab pi jenjalan sekitar Kundasang, pi bergambar.. kalau korang nak tahu Kundasang ni pekan dia samalah mcm Pekan Ijok kat Selangor tuh kerana ianya amatlah kecik dan tak berapa maju, nak carik kedai runcit pun susah.. (huhu Surita jangan kecik hati yerk..) Pastu kami gerak sampai lah ke tempat ternakan lembu, so kalau nak beli susu lembu yg masih segar bolehlah beli kat sini.. singgah jugak ke Kundasang War Memorial tp taklah menapak ke atas sebab dah penatt.. balik bilik dah senja sebab kat sini jam 6.30 dah gelap.. kebetulan pulak hujan gerimis.. lagilah sejukkk ; )




4th day

Dalam jam 7.30 mlm tu kami dah ke cafe utk dinner. Jenuh jugak dok tunggu turn kat sini sbb cafe dia kecik tambah pulak masa kami pergi tu ramai tourist yg dtg dari luar.. tapi berbaloi tunggu lama sebab lauk dia amatlah bestnya, ada 6 jenis you kena pilih dan depa masak khas utk kita, bukan buffet ya ! .. Pemandangan malam kat sini pun best cumanya tak nampaklah Gunung Kinabalu tuh.. gelap kan ; )



Pagi tu anak2 dikerah bangun awal sebab laki aku sibuk mengajak bergambar.. sakan jugaklah kami posing pagi tu, lepas breakfast sakan lagi bergambar.. kesian anak2 sebab dah boring sangat. Si Rafiq dah puas dok senyum sampai senyum pun mcm dipaksa2.. huhu.. Kami bertolak turun lebih kurang pukul 11am.. Cantik sungguh pemandangan pagi tu.. Gunung Kinabau nampak jelas.. sempat kami ke tempat untuk sesapa yg ingin mendaki.. kat situpun ada chalet, tak sure pulak aku mahal ke murah kalau nak stay kat situ.. Lepas lunch kami terus check in kat D'Borneo hotel (Kota Kinabalu).. dan petang tu lepas mandi+rehat, kami sempat jalan2 kat town KK, survey sekali tempat nak beli pearl.. ada 2 kedai Jamilah-kedai tu mmg famous jual pearl ni. Dan kat situ jugak aku tahu yg pearl ni ada 2 jenis : dari laut masin dan dari air tawar (ternak).. harganya pun berbeza ikut juga pada design.

Malam pulak kami mkn kat McD, jenuh wei berjalan nak carik fast food kat sini.. dengan hiruk pikuk org awam lagik, nak2 plak kami takder transport, berjalan ler jawabnya.. uishhhh mencabar sungguh dengan adanya budak2 berdua nih.



5th day

Kami jumpa Nuar kat jeti.. kami nak ke Pulau Manukan plak.. memang dah rancang awal nak ke pulau nih.. kebetulan plak ianya tak jauh dari bandar KK dlm 15 minit jerk naik bot laju.. uishh best giler korangggg.. try ler cuti2 kat sini.. Pantai dia cantik & bersih, tp pantai kat Pulau Perhentian+Redang lagi halus.. pantai kat pulau nih kat pesisir pantai tu banyak coral yg dah mati, so tak selesa lah kalau nak bersantai jalan2 kat gigi air tuh.. Kami pun takder lah stay a nite kat sini.. ptg tu lepas mandi manda dan makan bagai, kami balik ler ke darat.. penat tok sah kata, panas pulak satu hal tp mmg berbaloi ; )




Petang tu sempat lagik aku pi shopping pearl.. kat Kedai Jamilah. sensorang jerk sb budak2 dok membuta ngan abahnya.. penat seh.. aku penat gak cumanya ms nih jerk aku ada utk memilih pearl brooch tuh.. macam2 adaaa.. huhu.. jenuh dok memilih.. byk yg aku beli utk dijual balik kat Semenanjung.. kebetulan time gaji ms aku masuk opis nanti..


6th day

Flight kol 3.50pm.. pagi tu sempat lagik pergi Kedai Jamilah.. heheh.. laki aku sibuk nak memilih jugak.. aku sempat tempah gelang + anting2 pearl utk Aisya.. kebetulan ada byk lebih, so aku buat pattern yg sama utk aku jugak.. kira dpt 2 pasang gelang + 2 pasang anting2.. beli lagik brooch pearl.. advised dari laki kena beli byk2 utk dijual balik, cumanya aku ni jenis malas nak menjual merata dan modal pun tak mengizinkan..

Oklah, kami sampai PJ dlm kol 7pm.. penattttt.. anak2 lagilah.. mlm tu tido mati kami 4 beranak.. yg tak best tu esoknya aku kerjaaaaa ; (

Tuesday, June 16, 2009

I rewarded myself..

Cantik tak kasut ni..? Huhu.. Dah lama dah aku decide nak membeli .. sedih sungguh .. bukan haper, cuma kasut yang ader tak selesa sangat nak buat berjalan2.. Jenuh dok kuar masuk kedai kasut ni, sekali yang aku berkenan cuma kat Crocs & Scholl boutique.. memilih sakan aku dan naik jemu jugak anak2 ku dok mengekor.. yelah, mama kan cerewet bab membeli ni, bukan selalu pun kan ; ) .. dan bila dah berkenan dek hati, saiz pulak takder.. geram sungguh.. dan ada ketika hati ku dah berkenan laki pulak tak suka..

Last sekali hatiku berkenanlah kat kasut nih.. selesa you !! Harga dia pun 'selesa'.. huhu.. alah, bukan selalu membeli pun, so kalau mahal sikit tu buat2 lah tutup sebelah mata.. kebetulan pulak kami dah plan nak pergi bercuti hujung minggu ni, so dengan adanya kasut ni selesalah sikit kaki kesayanganku ni memakainya, berbaloi you kuar masuk kedai dan jenuh dok mencari.. Sekali aku dapat dengan membeli kat Subang Parade.. Last week Sunday kuar ngan hubby pegi sini, sekali stock saiz '6' dah habis, so aku booking lah yang baru.. Petang smlm minah salegirl situ call kata stock dah sampai. Apa lagi, dengan beraninya haku dok membawak motor sensorang lepas kerja ke situ.. Alhamdulillah selamat pergi dan balik ; )

Monday, June 15, 2009

Weekend @ Maxwell Hill

Huhu.. back dated entry lagik.. sebenarnya aku mmg takder masa nak meng 'update' blog nih.. kerja berlambak.. lagipun kalau kat rumah, mmg takder masa nak menghadap PC lelama dengan adanya anak2 kesayangku tu lagiklah tak jadik kerja !! okey, ni details nya :-


5hb/June - Kami bertolak ke Kuala Kangsar lepas aku balik kerja, punyalah kelam kabut.. dengan tak siap pack barang lagik.. sebenarnya aku ngan hubby ada krisis minggu tuh, actually dah 1 minggu aku tak bertegur dia.. adalah halnya sampai aku merajuk giler ; ( .. ingatkan tak jadik pergi sbb planned nya dari bulan lepas sbb tu aku tak sedia awal2 pack barang.. sekali hari Jumaat lepas lunch tu hubby called tanya nak pergi ke idak.. Aku rasalah kan kalau pompuan lain dah lama dah tak ikut, takpun cabut lari balik umah org tua tp aku ni jenis ada lagi kelembutan, so pujuk lah diri sendiri.. sbb nak harapkan dia.. hempehhhh !!! Lagi satu kami dah janji ngan anak sedara asben tu, so kenalah tunaikan janji walaupun hati tak rasa hepi .. huhu !! Mlm tu kami tido umah kawan asben kat Kuala Kangsar sbb sampai pun dah pukul 11 mlm dan pagi2 esoknya kami bertolak ke Taiping..


6hb/Jun - Kami pergi ke Kg. Ijok, Perak sbb lepas jumpa anak sedara asben kat kenduri rumah bapa sedara dia. Sempat jugak melantak kat kenduri tu.. kebetulan tuan rumah tu mmg kenal dengan asben, so makan ler sekali.. lebih kurang lepas pukul 3 tu baru kami bertolak ke Kg. Ijok, Perak.. aku ingatkan kat Selangor jerk ada Kg. Ijok rupenyer kat Perak pun ader.. huhu best giler kampung nih, rumak mak+ayah angkat si Kamal ni rupanya sebelah ngan ayer terjun.. seronok giler anak2 aku dok berendam.. dengan aku sekalilah.. mlm tu kami buat barbeku.. heheh dengan angin sejuk waterfall lagik, nyaman ler tido mlm tu.. Mlm tu sempat aku mintak air penawar kat makcik tuan rumah tu sbb dia boleh berubat.. Bukan utk aku tp utk anak2 kesayanganku tuh.. nak kurangkan hiper depa.. dan utk ternagkan hati senang belajar.. alhamdulillah tertunai hasrat ku nak amik air penawar nih, bukan aku tak suka anak2 ku hiper cumanya ada org lain yg tak berapa 'gembira' bila anak2 ku melasak..




7hb/Jun - Pagi2 lagi dah bertolak ke destinasi yg dirancangkan, Maxwell Hill.. actually last 4 years kami ah jejak kat bukit tuh, ms tu Aisya baru 5 bulan kot, tp kami tak menginap.. cuma kali nih kami sempat menikmati aingin malam di situ.. takder lah sejuk bagai dikata dan takder sesejuk Fraser Hill.. tp okey lah.. sekadar nak penuhi cuti.. Aktiviti tak semeriah yg disangka cuma biasa2 jerk.. Esoknya 8hb/Jun dlm kol 11am kalu turun sbb anak2 aku sibuk nak naik Duck Boat kat tasek Kuala Kangsar tuh.. kami bertolak sendiri sbb depa ada program lain, masuk Zoo.. kami mals nak join sbb pernah masuk before.. Sempat jugak melayan budak2 dan bergambar di sekitar tasek.. Sonok jugak, sekali sekala kan ; ) Sempat anak2 ku tuh berposing.. Da bertolak balik PJ dlm kol 2ptg tuh.. sampai umah kol 8pm..