Monday, May 25, 2009

Penattttt !!!!

Dah hampir seminggu aku dok menanggung kerja untuk 2 orang.. kenapa? Sebabnya dept. mate aku warded @ Assusta Hospital.. demam 2 minggu tak kebah2.. so kerja kat opis ni aku ler yg kena settle kan.. dengan routine job nyer, nak melayan kerja lady bos bagi lagi.. aduhhh.. penat.. bukan ajer penat badan, penat paler hotak ni lagi teruk.. kerja bertimbun2.. bilalah nak habis ; (

Satu lagi kes yg buat aku sakit hati & meluat.. adalah sorang umat yg tak sedar diri tu..just because 'he' is someone here, org dok hormat, banyak duit, berkuasa, then he can simply said something bad to someone else ! .. ada ke dia dok kata aku ni buat kerja tak pakai hotak.. abih selama ni aku kerja guna apa..? guna paler lutut..? ishhhh kalau diikutkan hati aku ni maunya aku dok sepak dia.. jangan pikir 'dia' akan selamanya dok di atas, orang akan selamanya hormat, dok sayanggg dan tunduk kat dia.. tengoklah nanti bila time dia tiba.. jgn harap lahhhh..

Aku betul2 sensitif bila org dok sebut2 tang paler nih.. mah ayah aku pun tak pernah kata mcm tuh..

Tuesday, May 19, 2009

Balik kampung.. yeay yeay !!

Masa mak ayah aku dok melawat anak2 aku warded baru nih, ada mak aku mention yg dia nak ambik Aisya masa dia pi check up akhir bulan May ni, kebetulan time tu cuti sekolah.. Suka yang amat minah tuh.. Then awal minggu baru nih hubby aku ada mention yang dia kena outstation to Terengganu weekend nih.. dia ada ajak kami balik Kemaman sekali sebabnya company ada provide transport with driver.. Kebetulan kami nak settle kan pasal kes rumah teres hubby aku yg dlm proses nak jual to someone kat kampung tuh.

Al kisah.. maka aku pun amiklah cuti Khamis & Jumaat.. petang Rabu lepas aku balik kerja terus blah balik Kemaman.. uhuuuu.. sonok giler.. lama sungguh tak balik kampung.. anak2 lah yg paling hepi.. asyik dok mention bila nak sampai umah nenek.. Kami sampai around pukul 1.30am.. sebabnya dok menyingah Jerantut umah sedara hubby.. dinner sekali..

Esoknya lepas settle pasal umah tu, hubby dah start berangkat ke KT.. kami tak ikut sbb hubby aku mmg ada kerja.. ada exhibition kat Masjid Kristal tuh.. sempatlah aku dok belanja mak ayah mkn malam tuh..

Sonok balik kampung kali nih sbb adik2 aku ada.. Mimie pun cuti semester.. boleh dok citer2.. yelah dah lama sangat kami tak jumpa.. esoknya sempat aku buat muffin.. ahaaa.. tak menjadi sbb oven mak aku tu ada problem.. tension weiiii !!!

Kami balik ke PJ mlm Ahad tu.. sampai tengah malam.. hubby dok sibuk nak berehat sbb penat buat kerja katanya.. ishhh menyampah padahal hari Isnin tu dia dok monteng kerja.. anak2 aku lah yang sedeh sangat.. depa ingat nak stay lama, yelah anak2 sedara aku yang berdua tu ada nak layan depa..

Friday, May 8, 2009

Warded @ Assunta Hospital

Aku ke..?? eishhh bukan ler tp anak2 kecik aku ni yg kena warded : 5d4n lagi.. macam pi vacation plak.. huhu !!

Gini kisahnya, Rabu (30hb April) ptg tu lepas aku balik kerja kami pergilah check-up kat Assunta Hospital sebab Aisya & Rafiq dok demam tak kebah2, mmg dah plan pun nak pi sbb doktor kat Klinik Mediveron dah bagi surat utk buat further check up sbb dah dekat 2/3 bulan asyik ler dok demam/batuk/selsema, satu lagi asyikler muka kami dok bertandang mintak ubat kat klinik tu, mana idaknya budak2 ni demam dok berulang2, bergilir pulak tu adik ngan kakak.. risau gak aku nengok..


Sekali masa check up kat Assunta tu doktor ckp kena warded.. aku mmg dah jangka pun sbb nya kalau tak kena warded aku akan mintak masuk sbb anak2 aku ni mmg susah sungguh nak makan ubat, so kalau warded senang doktor kat sini nak monitor.. aku dah prepare siap2 GL letter dr company, mmg dah agak benda ni nak berlaku.. hihi sediakan payung sebelum ujan.. aku pun malas nak guna credit card aku tu utk bayar..

Mlm tu, kat emergency ward Aisya & Rafiq kena amik darah, nak test lah kan takut kena penyakit berbahaya ke.. Aisya pulak kena masuk air + pakai gas (nak cairkan kahak) .. elok jerk budak2 ni masa nurse dok masukkan jarum kat lengan tu.. aku ingat budak2 ni akan melalak.. tp masa mula2 Rafiq kena amik darah tu, muka Aisya dah cuak.. yelah sbb lepas tu turn dia pulak.. tp lepas dia nengok Rafiq selamber jerk tak menangis, dia pun ok.. punyalah lama kami tunggu nak dpt bilik, kol 11 baru naik.. alahai punyalah sejuk.. sampai aku ni yg naik demam.. Mlm tu aku yg temankan budak2 ni kat ward, abah dia balik umah.. emmmm manalah selesa kan tido kat ward.. huhuhu


Hari ke-2 tu, budak2 ni dah start lemah. Tido jerk kerjanya budak2 nih.. aku pun naik risau dok nengok.. lemah benar dia.. Rafiq pulak suhu demam dia masih tinggi.. so nurse monitor jelah.. tp alih2 lepas aku balik umah utk mandi, tukar baju bagai, Rafiq kena masuk air pulak.. melalak jugak aku dengar sbb nurse tu dok cucuk lengan dia banyak kali sbb tak jumpa cari urat darah.. kalau lah aku ada masa tu, maunya aku pekik kat nurse tu..!! kesian beb : (

Time makan pun budak2 ni tak berapa selera dan yg buat perabis lauk tu sapa lagi, abah depa lah.. Punyalah kami dok pujuk suh habiskan makanan tuh, kang lapar pulak.. dah lah sakit tak kebah2.. Aku sebenarnya doklah risau sebab kerja kat opis tu berlambak2 tunggu untuk disiapkan.. aduihhhh terpaksalah aku mintak doktor keluar Ahad pagi tuh.. kebetulan budak2 tu dah hampir sembuh, so aku monitor dari rumahlah..


Bill ?.. emmm takder lah aku nak membayornya (hehe) sebab aku pakai GL, my company will pay all the medical treatment fees.. tapi tak termasuk ler TV charges.. alah takpe lah sbb kalau diikutkan tak de lah sebanyak yang company aku bear.. pastu aku ingat nak claim jugak kat company hubby aku nyer insurans.. tp hampehhh !! staff kat insurans company tu kata kalau aku dah dpt GL from my company and have been paid, then tak boleh lagi claim ngan depa.. ishhh meluat sungguh... ING service is not good (sorry no effence here !!) .. macam ler hubby aku tak byr !! So guys kalau you all nak beli insurans kenalah dok selidik in details all the services which will provided by insurans company.. kalau tak kang nanti rugi jerk ; (