Tuesday, December 30, 2008

Manjaku.....


Inilah anak2 kesayanganku....manja lagi lasak :) Hari2 ade jerk benda baru yang depa explore...kalau dok kat umah tu, kalau dah puas bergurau senda, tak sampai 5 minit dengarlah salah sorang dok melalak...kalau tak Aisya si Rafiq....pernah sekali tu siap bertarik rambut....'mesra' depa ni kalau bergurau....
Sebenarnya gambar ni mama edit masa Rafiq tak sampai setahun lagi...rasanya belum pandai berjalan....boring2 kat umah, apa lagi..Photoshop jadik mangsa....

Sunday, December 21, 2008

Sungai Congkak




Emm.. pagi2 lagi aku dah tanya manalah kita nak pergi ni kat denar hubby.. boring beb duk umah jerk.. memandangkan smlm kami spent masa satu hari kat umah, so hari ni kenalah kuar berjalan penuhkan masa ..hihihi..

Hubby dpt call dr Awie (opismate dia).. ajak ke Sungai Congkak.. so, memandangkan cuaca agak membenarkan kami pun kuar umah dlm kol 10.30 am.. sempat ke Giant Paramount utk beli bahan berkelah.. sampai jerk org dah ramai giler..Ya Allah !! Ramai sungguh manusia.. patutler aku perasan kat PJ td takder org, rupanya depa ke sini (hihihi)
Sesudah pasang khemah (Awie bawak).. kami pun dulukan perut yg sedia memanggil suh di isikan (oh ya, kami sempat beli lunch kat kedai sblum tuju ke Sg Congkak ni).. Aisya & Rafiq dah merengek mintak mandi.. kebetulan dr umah lagi aku dah pakaikan baju mandi depa, so tinggal terjun je lah..
Kak Sue ngan aku tengok je lah budak2 ni mandi.. sonok jugak.. tp disebabkan aku ni mmg takut sejuk, so aku cuma basahkan suar je lah.. itupun dah kira baik kan..?
Smlum balik kami singgah umah Pak Adi, kebetulan jalan sudah tentu sesak, kami balik PJ lepas maghrib.. sempat makan malam kat situ..

Monday, December 15, 2008

Melayan kerenah anak2 ku..

Muzium Org Asli

Semalam (14 Dec) kami 4 beranak ke Gombak.. disebabkan teramatlah boringnya, lepas jerk sarapan kami terus bertolak ke sana.. Ke mana ? Emmm ke Muzium Org Asli, takder lah menarik sgt tempat tu.. tp disebabkan kami tak pernah ke sana, hari tu kami sampailah.. Rupanya byk yerk tempat2 perdalaman di M'sia ni dihunikan dengan berbagai kaum Org Asli.. (ahaks aku jerk yg tak tau) Then, pukul 11.30 am, kami dah blur.. tak tahu lagi nak jelajah ke mana..



Genting Highland

Takkan dah nak balik..? itulah kata2 Aisya bila ditanya nak ke mana lepas tuju Muzium Org Asli tu.. So disebabkan masih awal (11.30 am).. dear hubby cadang drive terus lalu jalan lama dan rupanya sampai ke Perhentian Genting Sempah.. not bad wheather hari tu.. terang jerk.. kami apa lagi.. teruslah decide ke Genting Highland.. akupun dah lama tak ke sana. Last sekali waktu Aisya 5 bulan kot.. Perjalanan amik ms lebih kurang 2 jam..kami sempat makan kat situ (dah 2 pm beb.. maunyer tak lapar) dan jalan2 amik udara yg sungguh segar.. anak2 ku dah sibuk nak main game kat situ.. aku sebenarnya tak berapa selesa waktu tu disebabkan kepala ku buat hal-sakit.. lagipun dah almost 4 pm.. tak sesuai langsung rasanya nak main time nih.. kalau korang nak tau.. manusia punyalah ramai, mcm kaum ada.. hish tak sangka betul aku sampai se crowded ini.. yelah cik kak, kan ke namanya pun cuti sekolah.. bengang sungguh.. aku ada ckp kat laki aku, lain kali kalau niat nak main game kena sampai pagi2.. takderlah berebut..

Kenapa tak naik cable car..? Emm.. kami dah pernah naik sebelum .. so takder lah excited nak naik lagi.. kebetulan permandangan dia tak seindah yg dicanang.. disebabkan kami pernah naik Langkawi Cable Car.. so korang pun dah sedia maklum perbezaan antara kedua2 tempat ni..

Kami sampai rumah dlm kol 8 pm kot.. anak2 dah kepenatan.. lepas settle semua, apa lagi, terbongkanglah kami anak beranak..

Saturday, December 13, 2008

Raya Aidiladha



Memandangkan raya hari Isnin (8 Dec), kami pun decide nak balik Kemaman hari Jumaat tu (5 Dec) kenapa awal..? Dear hubby ckp kalau bertolak Sabtu, sure lah jalan Karak tu penuh dengan org yg nak balik kampung beraya..


Jumaat pagi smlum balik tu dear hubby ada job kat Keramat.. opening new Jucso there.. anak Tok Mat (Ha) buat opening ceremony outlet yg ke-27 Big Apple dia.. 4 jam jugak lah kami kat situ.. jumpalah Tok Mat + kuarga dia.. sblum balik tu dptlah free coupon utk tukar 12 pcs donut.. dptlah kami bwk balik Kemaman..

Berapa lama kami cuti..? emm aku start kerja pulak ari Jumaat tu..12 Dec.. lama beb sbb kebetulan banjir.. so kena sambung cuti.. sepatutnya aku mula kerja 10 Dec tu tp disebabkan 11 Dec tu cuti khas, so aku pun decided start kerja 12 Dec tu..


Seronoklah jugak balik kali ni sbb adik Mimi aku tu ader (cuti semester).. so kami memanjang kuar bersama.. cumanya 2 hari lagi aku nak balik PJ, Atiqah baru sampai dr Kelantan (umah nenek dia).. sempat jugak belikan dia hadiah dan bwk makan kat Pizza Hut sbb berjaya dpt 4A dlm UPSR.. tahniah kakak !!

emmm...balik PJ daaaa


Ini pulak gambar my kids di Bukit Tinggi..emmmm..lagi back dated entry (12hb Oct)....masa ni kami on the way balik PJ...hubby aku kalau sampai Karak ni dan masih terang lagi, adalah mood dia nak ke mana2....yelah, kalau sampai PJ awal lagi tak syok pulak...nak2 pulak kami berangkat dari umah mak aku dalam kol 10 am...so, boleh lagi lah kalau nak merayap2 tu...tp takder pulak kami plan nak bermalam kat sini...esok kerja beb...memandangkan kami baru pertama kali naik ke sini dan aku takder nak survey kat mana2, kami punya perjalanan terhad, so dlm 5 pm kami berangkat turun...

Thursday, December 4, 2008

Anniversaries..

Hari ni genaplah 2 tahun aku kerja kat kilang tayar ni - Pricing Dept.. Byk jugaklah suka duka (heee baru 2 tahun nyah) dan byk jugak try & error aku buat sepanjang aku pegang position Pricing Executive ni.. Dept. mate aku- Kak Ella byk menabur bakti mengajar aku selok belok menjalankan tanggungjawab dan byk jugaklah kerja2 yg sebelum ni aku tak jangka aku akan buat.

History kerja lama..? :
2002- Just a few month after graduation Diploma aku kerja kat one of the oil & gas company known as Tenaga Mashhor Sdn Bhd. (Kemaman) Owned by a person from Brunei. Kat sini aku kerja as Admin Assistant. Bertahan cuma 10 months before I'm married to my dear hubby then moved to PJ. Kerja kat sini paling teruk aku rasa, semua kerja aku buat (kuli katakan).. sampai bergaduh dengan opismates pun ader. Ishh.. malas nak diingat2.

2003- Lepas aku menganggur dlm 4 bulan lepas pindah ke PJ ni, aku dpt kerja as Admin Officer at Maharani Comm. (Tmn Tun Dr. Ismail, KL). Kat sini aku kerja dlm 3 bulan kot then pindah to another job Akira Sales & Marketing (Jln Tandang, PJ). Average semua company aku kerja as contract basis. Susah betul nak cari Permanent post. Time2 nilah aku berkejar ke sana ke mari cari kerja. Buat muka tak malu masuk company sana sini utk tabur resume. Hampehh satu pun tak melekat. Then aku decide utk register kat staffing agency looking for a better job. Kebetulan time ni Aisya blum ader, so senang skit aku nak berjalan merata.