Tuesday, September 15, 2009

Weekend @ Mok De' new house

(p.s : cerita di bawah tiada kaitan dengan gambar2 ini kerana gambar2 tersebut adalah gambar kuarga kakak ku semasa beraya di London 2008 yang lalu)
Last weekend kami ke rumah kakak aku @ Bangi.. rumah baru dia.. kebetulan kontena barang2 dia dah sampai, so boleh ler tolong serba sikit mengemas.. Actually, kakak aku amik kami Jumaat tengahari tu (sbb keta kecik kami tu dah terjual, so kenalah sesiapa yang kena amik, kalau idak, tak berjalanlah kami).. kebetulan aku amik half day hari tu so dalam kol 1.30 thgari tu acu, kakak aku ngan anak2 dia sampai.. laki aku tak ikut kali ni sebab memang dah rancang nak bermalam kat situ


Malam tu kami ingat nak prepare Cornflakes Madu, tapi plan tak menjadi.. so malam tu kami dok melepak jerk menengok 'Nur Kasih'.. nak kuar window shopping pun malas sbb takut terlepas citer nih.. best wooo kisah Nur Aminah nih.. sadis pun ader..

Pagi esoknya - Sabtu, dlm kol 9.30 laki ku dok menelepon suh balik petang tu.. dia suh prepare menu buka poser.. takder orang nak masak sbb dep sibuk mengemas.. emmmmm.. no komen ; (

So, terpaksalah kami pagi tu buat Cornflakes Madu seperti dirancangkan.. jadik seh.. sedap gitu.. adunan pertama kami buat untuk bawak balik Kemaman raya nanti.. untuk mak.. dapatlah dlm 250++ pcs.. itupun sudah di cukai oleh anak2 sedara ku yang comel itewww..

Adunan ke dua pulak untuk aku bawak balik PJ, sajer sbb kalau tak bawak mengaum pulak laki ku tu nanti.. sure dia kata aku dok melepak jerk kalau pegi Bangi..hehehe.. itu aku dapat satu bekas, genap 100pcs.. jadik ler buat syarat..

So petang tu kakak aku hantar kami dlm kol 3.30 petang dan sebelum balik Jalan 222 tu sempat aku menyinggah pasar Ramadhan Seksyen 14 membeli juadah.. malas seh nak masak..
Ingatkan nak menyinggah kedai bunga, tp tutuplah pulak..

Tuesday, September 8, 2009

Cuti hujung minggu ; (

Apa aktiviti korang hujung minggu baru nih..? Aku..? emmmm melepak je lah kat umah.. memandangkan keta kecik kami tu pun dah dijual, makanya aktiviti yang amat 'best' cumalah berada di rumah.. Melayan kerenak anak2 ku yang semakin hari semakin lah lasaknya.. mengalahkan anak seploh..

Apa idaknya.. aku kemas kat dalam bilik, kat ruang tamu bersepak ngan mainan depa.. bila aku kemas kat ruang tamu tu..eh he kat bilik tido pulak bersepah.. udahnya aku biarkan sampailah depa jemu dan puas.. Tapi yang tak best nya laki aku pulak mengaum bila menengok rumah bersepah.. tolong kemasnya idak.. bising jerk lebih (heheh..jangan marah ye sayanggg)


Bila hujung minggu tak ke mana tu, yang kesiannya budak2 tu lah.. boring.. bila dah boring tu, macam2 aktiviti lah yang depa buat.. bergaduh, bercakau.. semua cukup.. hanger pun dah banyak yang patah (buat bantai depa.. mama kalau marah sangat, bukan setakat budak2 yang mama bantai, dengan abah depa sekali kena.. hehe.. fare and square)
Masak..? Tak der special sangat pun.. semalam (Monday) aku masak ayam percik.. sodapppp.. heheh pujian dari laki ku yang terchinta tuuu..
Semalam jugak, besday anak dara ku makin yang notty tu (ikut kalendar Islam: jatuh pada tarikh Nuzul quran) - Aisya 5 tahun.. besar dah dia.. macam2 dah pandai.. bercakap pun pandai.. macam orang tua.. kekadang aku pun tak sangka dia boleh cakap macam tu, alahai belajar mana pun aku tak tahu.. disuruh buat kerja pun dah boleh.. tapi dengan syarat kenalah bagi upah.. bukan apa, nak naikkan semangat buat kerja tu yang penting.. dan yang paling best tu, sebagai kakak 'besar' kepada Rafiq @ baby, dia jadikan diri dia role model kepada adik dia tu.. si adik pulak, semua kakak buat dia nak ikut jugak.. tak boleh kurang, tak boleh lebih.. menyakat adik pun dialah Aisyalah hero nya.. walaupun anak ku itu pompuan.. heheh..

Friday, September 4, 2009

Alhamdulillah berjaya ; )

He he.. apa yang berjaya tue..? Actually, pagi tadi aku ada amik Investment Exam, alhamdullilah.. aku lulus.. walaupun cuma dpt 'C', at least bolehlah aku meneruskan karier sebagai insurans agent ni dengan lebih meluas.. Sebenarnya setiap agent insurans kena ada sijil ni untuk 'menjual' investment product kat prospek.. kalau tak amik, jawabnya tak banyak lah produk yang boleh propose kat customer..

Pagi tadi aku amik exam tu kol 9.30 pagi @ Maju Junction Mall.. hehe.. melilau jugak aku dok mencari bangunan tu.. bukan tak pernah pegi, cumanya last time masa aku pergi tu aku tumpang Maya, dia yang drive.. sedia maklum, kalau orang lain yang jadi driver, maka aku ni akan menggunakan sepenuhnya status sebagai penumpang, langsung tak menjengah kiri kanan menengok jalan.. Maka kalau pergi sendiri macam ni lah jadinya..

Setelah di'advised' oleh minah ticket kat kaunter LRT @ Paramount station, maka aku pun turunlah kat Masjid Jamik dan naiklat Star LRT pulak ke Station Bandaraya.. aku ingat dekat ler kalau jalan kaki dari situ, rupenyer alahai selang 3/4 bangunan jugak.. mak aiii jenuh aku nak menapak, dah lah sorang.. adalah dlm 15 minit berjalan.. Takut jugak aku, sebab kat tengah bandaraya KL ni kan macam2 adaaa.. uishhh seram mak youuu.. hati2 jugak aku pegang hand bag ni.. yelah macam2 boleh jadik kan ; (

Tiba kat MII tu adalah dekat pukul 8.30 pagi.. aku rehat sekejap kat library dan study lah serba sedikit.. huhu last minute study.. bukan apa, whole week nih bukan aku study sangat.. banyak menguap jerk dari membaca.. mcm malam tadik, aku suh laki aku jaga budak2 tu kat ruang tamu sbb aku nak study kat dalam bilik tido.. aku tahan kan mata ni untuk menghabiskan satu buku tu, adalah dlm 10 muka surat lagi.. alahai.. habis jerk ayat terakhir.. maka mata ku nih pun tertutuplah dengan sendiri nya, ngantuk giler beb.. last2 aku sedar laki aku dok menghamun sebab katanya dia panggil2 dari luar bilik aku buat dek jerk.. ingatkan aku buat tak tahu, padahal aku dah tertidor.. ahaks.. sorry yerk bang ; )

Takut jugak aku, bukan apa takut kali ni aku fail lagik.. malas dah aku nak study lagi dan menapak lagi ke MII tu untuk amik exam ni.. Syukur Alhamdulillah, rezeki anak2 kata orang tua.. berjaya jugak akhirnya walaupun keputusan tak se-gah mana.. Bak kata Kak Shida 'C' tu Cun, Cantikkk.. hehe.. so takderlah aku sedeh sangat sebab bukan senang nak lulus tau, maka 'C' tu pun kira cukup baik dah..

Aku dok berazam nak dapatkan banyak case pada bulan Sept nih.. dalam masa yang sama ramai orang yang aku nak tolong dengan menjadi agen insurans nih.. So, ramai2 lah yerk datang support aku.. dari jauh pun takper.. hehe
.......
Sebelum balik tadik, sempat aku menjengah SOGO.. depa buat cheap sale lagi you.. hari ni khas untuk pemegang Sogo member card & Maybank Credit/Debit Card.. memandangkan aku pun ader card2 tuh.. makanya aku pun terjebak samalah menghabiskan duit kat situ.. huhu.. kebetulan plak Bonia ada buat sale giler2 babas, ada sampai 70%.. so aku pun membelilah 2 helai baju kemeja untuk ayahanda ku yang terchinta tuh.. actually aku membeli satu helai jerk.. satu helai lagi Kak Yang aku mengirim, dia pun nak jugak membeli untuk ayahanda kami tu.. untuk aku..? Aku membeli pakaian dalam yang sangatlah comel.. hehe.. lain2 takderk.. ingatkan nak menengok pakaian budak2 tp tak sempat sebab aku kena masuk opis pulak lepas tu.. sebab janjinya cuma half day.. kalau full day aku cuti, maunya sampai pukul 6 petang aku bersadai kat situ..