Tuesday, September 8, 2009

Cuti hujung minggu ; (

Apa aktiviti korang hujung minggu baru nih..? Aku..? emmmm melepak je lah kat umah.. memandangkan keta kecik kami tu pun dah dijual, makanya aktiviti yang amat 'best' cumalah berada di rumah.. Melayan kerenak anak2 ku yang semakin hari semakin lah lasaknya.. mengalahkan anak seploh..

Apa idaknya.. aku kemas kat dalam bilik, kat ruang tamu bersepak ngan mainan depa.. bila aku kemas kat ruang tamu tu..eh he kat bilik tido pulak bersepah.. udahnya aku biarkan sampailah depa jemu dan puas.. Tapi yang tak best nya laki aku pulak mengaum bila menengok rumah bersepah.. tolong kemasnya idak.. bising jerk lebih (heheh..jangan marah ye sayanggg)


Bila hujung minggu tak ke mana tu, yang kesiannya budak2 tu lah.. boring.. bila dah boring tu, macam2 aktiviti lah yang depa buat.. bergaduh, bercakau.. semua cukup.. hanger pun dah banyak yang patah (buat bantai depa.. mama kalau marah sangat, bukan setakat budak2 yang mama bantai, dengan abah depa sekali kena.. hehe.. fare and square)
Masak..? Tak der special sangat pun.. semalam (Monday) aku masak ayam percik.. sodapppp.. heheh pujian dari laki ku yang terchinta tuuu..
Semalam jugak, besday anak dara ku makin yang notty tu (ikut kalendar Islam: jatuh pada tarikh Nuzul quran) - Aisya 5 tahun.. besar dah dia.. macam2 dah pandai.. bercakap pun pandai.. macam orang tua.. kekadang aku pun tak sangka dia boleh cakap macam tu, alahai belajar mana pun aku tak tahu.. disuruh buat kerja pun dah boleh.. tapi dengan syarat kenalah bagi upah.. bukan apa, nak naikkan semangat buat kerja tu yang penting.. dan yang paling best tu, sebagai kakak 'besar' kepada Rafiq @ baby, dia jadikan diri dia role model kepada adik dia tu.. si adik pulak, semua kakak buat dia nak ikut jugak.. tak boleh kurang, tak boleh lebih.. menyakat adik pun dialah Aisyalah hero nya.. walaupun anak ku itu pompuan.. heheh..

No comments: