Tuesday, September 15, 2009

Weekend @ Mok De' new house

(p.s : cerita di bawah tiada kaitan dengan gambar2 ini kerana gambar2 tersebut adalah gambar kuarga kakak ku semasa beraya di London 2008 yang lalu)
Last weekend kami ke rumah kakak aku @ Bangi.. rumah baru dia.. kebetulan kontena barang2 dia dah sampai, so boleh ler tolong serba sikit mengemas.. Actually, kakak aku amik kami Jumaat tengahari tu (sbb keta kecik kami tu dah terjual, so kenalah sesiapa yang kena amik, kalau idak, tak berjalanlah kami).. kebetulan aku amik half day hari tu so dalam kol 1.30 thgari tu acu, kakak aku ngan anak2 dia sampai.. laki aku tak ikut kali ni sebab memang dah rancang nak bermalam kat situ


Malam tu kami ingat nak prepare Cornflakes Madu, tapi plan tak menjadi.. so malam tu kami dok melepak jerk menengok 'Nur Kasih'.. nak kuar window shopping pun malas sbb takut terlepas citer nih.. best wooo kisah Nur Aminah nih.. sadis pun ader..

Pagi esoknya - Sabtu, dlm kol 9.30 laki ku dok menelepon suh balik petang tu.. dia suh prepare menu buka poser.. takder orang nak masak sbb dep sibuk mengemas.. emmmmm.. no komen ; (

So, terpaksalah kami pagi tu buat Cornflakes Madu seperti dirancangkan.. jadik seh.. sedap gitu.. adunan pertama kami buat untuk bawak balik Kemaman raya nanti.. untuk mak.. dapatlah dlm 250++ pcs.. itupun sudah di cukai oleh anak2 sedara ku yang comel itewww..

Adunan ke dua pulak untuk aku bawak balik PJ, sajer sbb kalau tak bawak mengaum pulak laki ku tu nanti.. sure dia kata aku dok melepak jerk kalau pegi Bangi..hehehe.. itu aku dapat satu bekas, genap 100pcs.. jadik ler buat syarat..

So petang tu kakak aku hantar kami dlm kol 3.30 petang dan sebelum balik Jalan 222 tu sempat aku menyinggah pasar Ramadhan Seksyen 14 membeli juadah.. malas seh nak masak..
Ingatkan nak menyinggah kedai bunga, tp tutuplah pulak..

No comments: