Saturday, January 31, 2009

Some updates of Aisya & Rafiq

Ni mama nak update sikit pasal anak kecik mama nih :-

A I S Y A
1. Aisya dah 4 tahun 3 bulan tapi kalau bercakap tu masih lagi pelat. Manja sangat budak ni. Yg kelakar tu, kalau pergi sekolah berckp ngan cikgu & kwn2 pun dengan cara pelatnya
2. Makin kurang makannya. Yg dia suka makan ialah kacang (ikut Atuk Ayah dia), yogurt, calciyum, minum vitagen, ais-krim tok sah kata.. hari2 pun sanggup. Tapi tiap2 pagi bfore pegi school dia suka breakfast Koko Crunch+Corn flakes (amboi mcm org puteh gitu)
3. Pagi2 nak mandi utk ke school tu sure nangis, siap kata "Nanak andi.. nanak berus gigi". Tapi mama angkat jugak masuk bilik air, tp bila dah rasa air suam2 panas tu, dia senyaplah..
4. Berat badan 18kg, heee cuma 2 kg lebih dari Rafiq. Maintain kurus budak ni.
5. Masih lagi suka bergaduh ngan adik, kekadang tu sampai bertarik rambut. Tak leh lebih kurang. Semua nak menang dia jerk. Kalau mainan tu asyikler berebut. Padahal mama dah beli duplicate sorang satu.
6. Still close ngan mama dari abah. Kalau tido tu walaupun ada Acu, still nak berkepit bawah ketiak mama. Kalau abah takde pun takper.
7. Favourite series : Wonder Pets, Spongebob, Pingu & Barney
8. Favourite foods : Pucuk tauhu, telur (ni sehari 3 bijik pun boleh), air soya beans


R A F I Q
1. Umur Rafiq dah 3 tahun dan berat 16kg. Heee 2kg jerk kurang dari Aisya.
2. Nama timangan still lagi BABY walaupun dah besar (Achik lah nih..hehehe)
3. Badan still berisi dan makan tak berapa fussy, semua bantai telan. Senang betul nak jaga makan minum mamat ni.
4. Favourite foods : Sayur kacang panjang, pucuk tauhu, kentang goreng, air 100 Plus
5. Dah pandai balas balik kalau gaduh ngan kakak, yelah dah lama kena buli kan...?? Kekadang tu Rafiq tak der apa2 tapi Aisya dah nangis sakan.
6. Dah boleh dia diajak bercerita, dah pandai buat ayat sendiri tp sedia maklum pelat tak tinggal (Adik kakak kan ??.. hehe)
7. Dah boleh suruh tolong buat itu ini tanpa bantah (heee ni mama suka) cuma kalau dah banyak kali suruh, protes jugak mamat ni

Friday, January 30, 2009

Lemon & Sugar

This should probably be taped to your bathroom mirror
where one could read it every day.
You may not realize it, but it's 100% true.

1. There are at least two people in this world
that you would die for.

2. At least 15 people in this world
love you in some way.

3. The only reason anyone would ever hate you
is because they want to be just like you.

4. A smile from you can bring happiness to anyone,
even if they don't like you.

5. Every night, SOMEONE thinks about you
before they go to sleep.

6. You mean the world to someone

7. You are special and unique.

8. Someone that you don't even know exists loves you.

9.. When you make the biggest mistake ever,
something good comes from it.

10. When you think the world has turned its back on you
take another look.

11. Always remember the compliments you received.
Forget about the rude remarks.

And always remember....
when life hands you Lemons,
ask for Sugar and call me over!

Good friends are like stars.
You don't always see them,
But you know they are always there.

'Whenever God Closes One Door He Always Opens Another,
Even Though
Sometimes It's Hell in the Hallway'

I would rather have one rose and a kind word
from a friend while I'm here
than a whole truckload when I'm gone.

Thursday, January 29, 2009

Aktiviti hujung minggu...

Memandangkan Cong Xi Fa Chai jatuh hari Isnin & Selasa, kami pun decide nak balik Kemaman. Anak2 mama tu pun apa lagi.. seronoklah.. nak2 pulak adik bongsu aku tu- Mimie tumpang balik sekali. Sebenarnya dia ke rumah kami since hari Khamis sbbnya Jumaat tu dah takder class.

Kami bertolak lepas Zohor dlm kol 2.30pm. Sebabnya laki aku tu sibuk menyuruh kemas rumah. Membasuhlah dan siapkan kelengkapan sebelum bertolak bertolak. Kami sampai umah mak aku dlm kol 9pm. So, sempatlah aku buat sarapan sekali ngan lunch. Perjalanan jadik lama sbbnya Karak Highway jammed giler. Org KL sibuk nak ke pantai timur disebabkan cuti panjang.

Hari Ahad tu genaplah umur si kecik kami tu -Rafiq 3 tahun.. Heeee dah besar dah dier.. sekejap ajer rasanya, rasa baru jerk bersalin alih2 anak mama dah beshar.. Tambah anak ?? Soalan cepu emas tu. Bagi aku boleh jerk nak anak reramai nih cumanya hubby aku tak suker.. serabut katanya. Tengoklah kalau ada rezeki 2/3 tahun lagi aderlah.. Insyallah.. Rafiq sekarang dah pandai memacam.. Pandai dah buat ayat 5/6 patah dlm satu ayat tu.. Dah pandai ajuk org tua bercakap, nak2 abah dia. Pandai gaduh+main ngan kakak Aisya. Kali ni mama tak buat pun makan2 utk Rafiq, kek pun mama tak beli. Tengoklah hujung tahun ni, sambut sekali ngan kakak Aisya dia. Nak2 pulak kak Yang+famili dia dah balik M'sia. Seronok haper kalau ramai2 ni..

Pengisian cuti kami terisilah juga dengan anak2 sedara aku tu ada kat rumah, hari Isnin tu kami ke rumah Ngah Jijah kat Durian Mas- Dungun, seronok betul sampai ke malam kami di sana. Sempat rewang utk masak lunch hari tu. Wani & anak2 dia pun ader, meriah jugaklah ari tu.

Hari Selasa tu sempat jugak hubby aku bawak kami ke Mesra Mall (memandangkan Daus+Atiqah tak pernah ke sana), kami cuma window shopping jerk. Sebenarnya kat situ ada Giant, groceries mmg dah diaturkan cuma yg aku dengar kerajaan Terengganu tak bagi kelulusan utk depa beroperasi. Kesian sungguh sbbnya tempat tu mmg strategik utk shopping, ramai penduduk pun satu. On the way balik tu sempat jugak kami singgah Awana Kijal Beach Golf Resort cuci2 mata. Budak2 tu yang seronok sangat. Ramai jugak bangsa asing dok bercuti kat situ al-maklum dengan cuti panjang, mana2 ader jerk depa2 ni.

Sakan betul kami makan udang galah. Mana taknya adik aku-Birin skarang sibuk mengail udang. Time2 free dia pergilah. Tp nampak gaya mcm selalu jerk dia pergi.. Skarang dia dah tak kerja kat JB, dah balik Kemaman teman mak+ayah aku. So skarang dia belum lagi kerja. Memandangkan mak kami kalau masak tu ala2 chef, so udang yg besar lagilah sedap kalau dimasak dengan gayanya.. emm nyedapppp !!

Monday, January 19, 2009

Anak2 ku yang demam....

Sbnarnya anak2 aku tu demam sejak 1st day Aisya to school (to be specific - 5hb Jan).. on off demam.. yg jadik gitu sbbnya budak2 tu alahai.. susah sungguh nak makan ubat.. sungguh2.. sampai ada kala tu siap bg makan ubat kat dlm bilik mandi.. Kenapa..? Yelah tak ke naya kalau depa muntah !! .. Sure korang pelik, kenapa sampai dua2 sekai demam kan..? Sbb depa ni mmg close, ke mana kakak, kat situ jugak lah adik.. So tak heran kenapa depa ni boleh demam dlm masa yg sama.

Bukannya nak makan pujuk pun budak2 ni.. nak jadikan cerita hari Jumaat lepas aku terpaksa amik EL, sbbnya mlm tu suhu Rafiq & Aisya mendadak naik (mcm kembar plak) Sbnarnya ptg Khamis tu kami dah ke klinik Mediveron utk amik ubat demam, tp kalau tak mkn tak kebah jugak kan?? Doktor kata kalau esok (Jumaat) tak kurang suhu demam depa, dtg balik utk ambik surat ke hospital for further check-up.. (So Aisya ponteng ler school hari tu) Tp pagi nya tu Abg Kamal (abg ipar aku) suh mkn ubat Homopathy dia, (dia mmg tak percaya ubat2 hospital/klinik ni) so tak jadik ler aku ke hopital hari tu.. lepas Aisya & Rafiq dipaksa mkn, kebah ler sikit.. Tapi naluri hati ibu ni still tak sedap, yelah skarang kan mcm2 penyakit melanda Malaysia ni, dengan nyamuk yg mg byk kat umah mak mertua aku ni.. uihhhh hati manalah yg tak bimbang..

Achik babysitter aku doklah call tanya budak2 tu dah pegi hospital ke belum.. Tapi pagi ni Aisya nampak ok, tp biasalah pagi2 nak mandi tu.. huwaaaa melalak dulu.. (anak mama !!!)

Monday, January 12, 2009

Geram dan sakit hati....

Ok ke title entry aku ari nih..? Geram seh.. sajer nak luah apa yg aku rasa hari ini.. Memandangkan anak dara aku tu - Aisya ke sekolah kami hantar ambik, adalah suara2 sumbang yg tak menyedapkan hati aku kedengaran di opis ni.. emm maksudnya depa tak sukalah aku keluar waktu opis hour (dengki kot)

Time table Aisya :

Masuk kelas : 8.00 a.m
Balik : 12.00 p.m (Monday - Thursday)
11.30 a.m (Friday)

So memandangkan aku yg kena pergi ambik Aisya dr school, terpaksalah aku keluar opis at 11.45 to reach there ngam2 at 12.00 pm.. Tp itukan bukan lunch time kita org, so paham2 jelah kalau dah ramai opis mate melayu ni..

Penyelesaian ? So, terpaksalah aku survey van/bas sekolah untuk ambik Aisya dr sekolah, walaupun hakikatnya aku tak sedap hati nak biarkan dia begitu..

Dulu cadangnya, pagi aku hantar dan balik hubby aku ambik, tp lain pulak jadinya. As per hubby aku, dia tak boleh pulak keluar sbb jarak opis dia ke sekolah Aisya agak jauh (mkn masa 30 minit) emmm.. padahal dia jugak yg suggest mcm nak rak dulu..

1st day Aisya sekolah baru nih, adalah aku tanya2 driver van yg dtg amik budak2 kat sekolah ni, tp depa kata dah penuh.. takder lah pulak aku bersungguh survey sbb mmg bukan cadang aku nak suh Aisya naik van/bas..

Thursday, January 8, 2009

Kerja.. kerja.. kerja

Emmm.. sebut pasal kerja ni, dah hampir 2 bulan aku sibuk ngan kerja.. bukanlah selama ni aku tak sibuk, tp kali ni sibuknya agak lebih sikit.. actually, aku kena prepare price comparison for Australia & Thailand market to set up new pricing using Mich article prices as a base..

Itu termasuklah meeting & tele conference yg aku kena buat ngan bosses dr negara terbabit.. rasa mcm menanggung tanggungjawab besar plak..

Penat..? ish tak terkata penatnyer.. kalau tido mlm tu rasa nyaman jerk sbb badan & otak dah penat.. Sebut pasal kerja ni, patutnya aku kena bersyukur sbb diberi peluang utk bekerja dan diberi tanggungjawab yg agak besar, kalau diikutkan ekonomi yg sedang merundum skrang, ramai pekerja/company yg terpaksa diberhentikan & gulung tikar dan juga mereka sedang sibuk mencari kerja lain yg blum tentu sesuai ngan jiwa.. kena mula dr bwh kalau yg desperate sgt nak kena kerja

Monday, January 5, 2009

Aisya 1st day to School







Hari ni hari pertama anak dara ku-Aisya pergi Tadika known as Tadika Manarul Islam.. seperti juga ibu bapa yg lain, aku & hubby amik cuti semata2 untuk antar dia ke sekolah.. 1st time beb anak ku ke sekolah.. bagi pendapat org lain maybe tak perlu menghantar dan menunggu dia di sekolah kerana cuma tadika, tp bagi aku masa inilah aku melihat detik pertamanya selangkah keluar dari rumah untuk menentukan kehidupannya pada masa hadapan (cewahhh)


Yg buat aku geram bukan apa, uniform yg sepatutnya Aisya pakai pd hari pertama tak dpt lagi, nak kata tak byr, dah byr cumanya pihak sekolah kata belum siap.. apa daaaaa.. dah tahu budak masuk sekolah 5hb, siapkanlah awal2.. emmm udahnya dia pakai baju senaman jerk !!

Nangis..? emm... takder pun.. budak2 lain aderlah 2/3 orang.. excited betul dia menunggu time ke sekolah.. cumanya dia agak demam dan selsema membataskan pergerakan melakukan aktiviti petamanya. Aktiviti lepas minum pagi dia ialah mewarna.. Mewarna apa..?Angel Fish picture. Boleh lah tahan.. dpt 3 bintang lagi cikgu bagi.. hihihi

Semasa dia tengah sibuk mewarna tu kami baru kembali dari minum pagi dan dari klinik sbb pi amik ubat laki aku.. dia demam gak.. cuaca tak menentu kan.. Bila kami sampai tulah dia sibuk mewarna Angel Fish dia.. tekun walaupun badan tak sihat.. bagus anak mama.. Big clap for my girl : )

Cikgu bagi balik awal sbb baru ari pertama.. So tak byk aktiviti yg boleh dibuat disebabkan ramai budak2 dah dibawa balik oleh parents depa.. Kami sampai rumah dlm pukul 11.30 am.. excited sungguh dia citer kat Acu apa yg dia buat kat school.. Harap2 anak mama ni bukan setakat ari ni jerk excited pi school, hari2 esoknya pun mama harap begitu.. InsyaAllah

Friday, January 2, 2009

Kejatuhan ekonomi

Ekonomi..? Sbnarnya nak kata aku ni tahu sgt tentang kegiatan ekonomi dunia tu takderlah.. dan bukan aku nak citer pasal naik turun kegiatan saham pun..

Emmm.. memandangkan ekonomi hari ini seperti yang kalian serba maklum telah mengalami kejatuhan, maka kegiatan ekonomi pun tak lah se gah sebelum2 ni.. Antara effect yg melanda termasuklah dari segi pekerjaan. Syarikat yg aku kerja ni antaranya telah membuat kejutan yg melampau.. ada sebahagian dari pekerja yg dibuang kerja tp dengan dibayar pampasan.. memandangkan hasil pengeluaran syarikat kami ni taklah meriah dan jualan pun tak seperti yg diharapkan..

Bonus..? emmm adalah sikit.. bolehlah drpd syarikat yg langsung tak bagi kan..? Ramai juga graduan2 kat luar sana masih lagi menganggur atau mungkin takut untuk mencari kerja.. Dari apa yg aku dengar, byk juga syarikat elektronik diantaranya yg telah menghentikan business mereka dan sudah tentunya memotong punca pendapatan pekerja yg telah diberhentikan.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

Azam aku untuk tahun 2009 nih..???? apa yerk..

Memandangkan anak dara aku tu - Aisyatul Husna dah pun 5 tahun, tahun ni merupakan tahun pertama dia ke tadika.. aku dan hubby dah daftarkan dia di Tadika Manarul Islam.. fully agama..
Sebenarnya aku berangan nak sekolahkan dia di CEC School.. Kg. Tungku punya branch.. the nearest dr rumah kami tu.. cumanya sekolah tu tak ada agama.. kalau nak complete kan dengan agama, Aisya kena tuition selepas waktu sekolah... dan Ustazah akan dtg .. tp nya bukan cikgu dr sekolah tu.. So, kami pun decide hantar Aisya di Manarul ni...subject yg diajar di tadika ni termasuklah bahasa Arab, English, Math, Fardhu Ain + mengaji etc.. aku bukan apa, nak harap aku dan abahnya ajar, mungkin Aisya tak berapa nak minat.. yelah mcm org tua2 kata, anak ni kalau ibu bapa nya yg ajar, susah sikit nak diikut..

Barang2 sekolah dia..???? Emmmm.. mcm biasa, mama yg terover.. sbnarnya kami dah siapkan sejak bulan lepas.. dengan school beg nyer lah, pencil case, kasut+stokin, pencil colour.. semuanya dah complete.. tinggal pergi school jerk yg belum..

Emmm.. berbalik kepada AZAM.. tahun juga merupakan tahun ke-2 aku berkhidmat di Continental ni.. seronak mmg seronok.. sebabnya aku berjaya mendapatkan kerja tetap.. takderlah nak memeningkan kepala cari kerja lain yg belum tentu menjamin masa depan yg cerah.. alah, mcm lah kat Conti ni menjamin ms depan..!!.. betullah tu.. cumanya aku berazam ingin bekerja dengan jayanya dan meningkatkan prestasi yg sebelum ini aku rasakan tak begitu baik..

Oh tak yerk pulak.. Pricing Dept (dept akulah tu) dah bertukar bos.. bukan lagi Jao Paul.. bos baru aku - Jennifer Lu, seorang wanita yang agak educated.. dan yg pastinya based di Shanghai.. kenapa jauh ? entahlah.. kehendak management.. Org kata kalau kucing takder, tikus menari2.. ye ker..? Haaa.. tak jugak, yg pastinya kami kena bekerja mcm biasa kerana ada mata2 wakilnya di sini..