Monday, January 5, 2009

Aisya 1st day to School







Hari ni hari pertama anak dara ku-Aisya pergi Tadika known as Tadika Manarul Islam.. seperti juga ibu bapa yg lain, aku & hubby amik cuti semata2 untuk antar dia ke sekolah.. 1st time beb anak ku ke sekolah.. bagi pendapat org lain maybe tak perlu menghantar dan menunggu dia di sekolah kerana cuma tadika, tp bagi aku masa inilah aku melihat detik pertamanya selangkah keluar dari rumah untuk menentukan kehidupannya pada masa hadapan (cewahhh)


Yg buat aku geram bukan apa, uniform yg sepatutnya Aisya pakai pd hari pertama tak dpt lagi, nak kata tak byr, dah byr cumanya pihak sekolah kata belum siap.. apa daaaaa.. dah tahu budak masuk sekolah 5hb, siapkanlah awal2.. emmm udahnya dia pakai baju senaman jerk !!

Nangis..? emm... takder pun.. budak2 lain aderlah 2/3 orang.. excited betul dia menunggu time ke sekolah.. cumanya dia agak demam dan selsema membataskan pergerakan melakukan aktiviti petamanya. Aktiviti lepas minum pagi dia ialah mewarna.. Mewarna apa..?Angel Fish picture. Boleh lah tahan.. dpt 3 bintang lagi cikgu bagi.. hihihi

Semasa dia tengah sibuk mewarna tu kami baru kembali dari minum pagi dan dari klinik sbb pi amik ubat laki aku.. dia demam gak.. cuaca tak menentu kan.. Bila kami sampai tulah dia sibuk mewarna Angel Fish dia.. tekun walaupun badan tak sihat.. bagus anak mama.. Big clap for my girl : )

Cikgu bagi balik awal sbb baru ari pertama.. So tak byk aktiviti yg boleh dibuat disebabkan ramai budak2 dah dibawa balik oleh parents depa.. Kami sampai rumah dlm pukul 11.30 am.. excited sungguh dia citer kat Acu apa yg dia buat kat school.. Harap2 anak mama ni bukan setakat ari ni jerk excited pi school, hari2 esoknya pun mama harap begitu.. InsyaAllah

No comments: