Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

Azam aku untuk tahun 2009 nih..???? apa yerk..

Memandangkan anak dara aku tu - Aisyatul Husna dah pun 5 tahun, tahun ni merupakan tahun pertama dia ke tadika.. aku dan hubby dah daftarkan dia di Tadika Manarul Islam.. fully agama..
Sebenarnya aku berangan nak sekolahkan dia di CEC School.. Kg. Tungku punya branch.. the nearest dr rumah kami tu.. cumanya sekolah tu tak ada agama.. kalau nak complete kan dengan agama, Aisya kena tuition selepas waktu sekolah... dan Ustazah akan dtg .. tp nya bukan cikgu dr sekolah tu.. So, kami pun decide hantar Aisya di Manarul ni...subject yg diajar di tadika ni termasuklah bahasa Arab, English, Math, Fardhu Ain + mengaji etc.. aku bukan apa, nak harap aku dan abahnya ajar, mungkin Aisya tak berapa nak minat.. yelah mcm org tua2 kata, anak ni kalau ibu bapa nya yg ajar, susah sikit nak diikut..

Barang2 sekolah dia..???? Emmmm.. mcm biasa, mama yg terover.. sbnarnya kami dah siapkan sejak bulan lepas.. dengan school beg nyer lah, pencil case, kasut+stokin, pencil colour.. semuanya dah complete.. tinggal pergi school jerk yg belum..

Emmm.. berbalik kepada AZAM.. tahun juga merupakan tahun ke-2 aku berkhidmat di Continental ni.. seronak mmg seronok.. sebabnya aku berjaya mendapatkan kerja tetap.. takderlah nak memeningkan kepala cari kerja lain yg belum tentu menjamin masa depan yg cerah.. alah, mcm lah kat Conti ni menjamin ms depan..!!.. betullah tu.. cumanya aku berazam ingin bekerja dengan jayanya dan meningkatkan prestasi yg sebelum ini aku rasakan tak begitu baik..

Oh tak yerk pulak.. Pricing Dept (dept akulah tu) dah bertukar bos.. bukan lagi Jao Paul.. bos baru aku - Jennifer Lu, seorang wanita yang agak educated.. dan yg pastinya based di Shanghai.. kenapa jauh ? entahlah.. kehendak management.. Org kata kalau kucing takder, tikus menari2.. ye ker..? Haaa.. tak jugak, yg pastinya kami kena bekerja mcm biasa kerana ada mata2 wakilnya di sini..

No comments: