Friday, January 2, 2009

Kejatuhan ekonomi

Ekonomi..? Sbnarnya nak kata aku ni tahu sgt tentang kegiatan ekonomi dunia tu takderlah.. dan bukan aku nak citer pasal naik turun kegiatan saham pun..

Emmm.. memandangkan ekonomi hari ini seperti yang kalian serba maklum telah mengalami kejatuhan, maka kegiatan ekonomi pun tak lah se gah sebelum2 ni.. Antara effect yg melanda termasuklah dari segi pekerjaan. Syarikat yg aku kerja ni antaranya telah membuat kejutan yg melampau.. ada sebahagian dari pekerja yg dibuang kerja tp dengan dibayar pampasan.. memandangkan hasil pengeluaran syarikat kami ni taklah meriah dan jualan pun tak seperti yg diharapkan..

Bonus..? emmm adalah sikit.. bolehlah drpd syarikat yg langsung tak bagi kan..? Ramai juga graduan2 kat luar sana masih lagi menganggur atau mungkin takut untuk mencari kerja.. Dari apa yg aku dengar, byk juga syarikat elektronik diantaranya yg telah menghentikan business mereka dan sudah tentunya memotong punca pendapatan pekerja yg telah diberhentikan.

No comments: