Thursday, January 29, 2009

Aktiviti hujung minggu...

Memandangkan Cong Xi Fa Chai jatuh hari Isnin & Selasa, kami pun decide nak balik Kemaman. Anak2 mama tu pun apa lagi.. seronoklah.. nak2 pulak adik bongsu aku tu- Mimie tumpang balik sekali. Sebenarnya dia ke rumah kami since hari Khamis sbbnya Jumaat tu dah takder class.

Kami bertolak lepas Zohor dlm kol 2.30pm. Sebabnya laki aku tu sibuk menyuruh kemas rumah. Membasuhlah dan siapkan kelengkapan sebelum bertolak bertolak. Kami sampai umah mak aku dlm kol 9pm. So, sempatlah aku buat sarapan sekali ngan lunch. Perjalanan jadik lama sbbnya Karak Highway jammed giler. Org KL sibuk nak ke pantai timur disebabkan cuti panjang.

Hari Ahad tu genaplah umur si kecik kami tu -Rafiq 3 tahun.. Heeee dah besar dah dier.. sekejap ajer rasanya, rasa baru jerk bersalin alih2 anak mama dah beshar.. Tambah anak ?? Soalan cepu emas tu. Bagi aku boleh jerk nak anak reramai nih cumanya hubby aku tak suker.. serabut katanya. Tengoklah kalau ada rezeki 2/3 tahun lagi aderlah.. Insyallah.. Rafiq sekarang dah pandai memacam.. Pandai dah buat ayat 5/6 patah dlm satu ayat tu.. Dah pandai ajuk org tua bercakap, nak2 abah dia. Pandai gaduh+main ngan kakak Aisya. Kali ni mama tak buat pun makan2 utk Rafiq, kek pun mama tak beli. Tengoklah hujung tahun ni, sambut sekali ngan kakak Aisya dia. Nak2 pulak kak Yang+famili dia dah balik M'sia. Seronok haper kalau ramai2 ni..

Pengisian cuti kami terisilah juga dengan anak2 sedara aku tu ada kat rumah, hari Isnin tu kami ke rumah Ngah Jijah kat Durian Mas- Dungun, seronok betul sampai ke malam kami di sana. Sempat rewang utk masak lunch hari tu. Wani & anak2 dia pun ader, meriah jugaklah ari tu.

Hari Selasa tu sempat jugak hubby aku bawak kami ke Mesra Mall (memandangkan Daus+Atiqah tak pernah ke sana), kami cuma window shopping jerk. Sebenarnya kat situ ada Giant, groceries mmg dah diaturkan cuma yg aku dengar kerajaan Terengganu tak bagi kelulusan utk depa beroperasi. Kesian sungguh sbbnya tempat tu mmg strategik utk shopping, ramai penduduk pun satu. On the way balik tu sempat jugak kami singgah Awana Kijal Beach Golf Resort cuci2 mata. Budak2 tu yang seronok sangat. Ramai jugak bangsa asing dok bercuti kat situ al-maklum dengan cuti panjang, mana2 ader jerk depa2 ni.

Sakan betul kami makan udang galah. Mana taknya adik aku-Birin skarang sibuk mengail udang. Time2 free dia pergilah. Tp nampak gaya mcm selalu jerk dia pergi.. Skarang dia dah tak kerja kat JB, dah balik Kemaman teman mak+ayah aku. So skarang dia belum lagi kerja. Memandangkan mak kami kalau masak tu ala2 chef, so udang yg besar lagilah sedap kalau dimasak dengan gayanya.. emm nyedapppp !!

No comments: