Monday, April 27, 2009

Muffin ku..

Dah lama sangat aku nak buat muffin nih.. dah lama jugak anak2 aku dok berangan nak buat muffin dengan aku.. asyikler dok bertangguh.. salah satu sebabnya aku tak confidenat nak pakai mak tua aku nyer oven, alah yg attached dengan dapur masak tu.. yoler mana ada tempreture setting kat situ.. Satu halnyer lagi, aku mana ada penimbang.. kebanyakkan resepi yg aku dpt dari internet semuanya pakai gram.. tak jumpa sey yg pakai cawan-cawan nih..

So, disebabkan aku pun mmg tak sabar nak buat (1st time beb) pagi sabtu tu aku pergilah PJ Oldtown pi beli penimbang.. dapatler.. Barang2 lain semuanya dah cukup, so pagi tu jugak aku mendemokan muffin nih.. aaaa... tak sampai pun 1/2 jam.. semuanya dah siap, tinggal bakar jerk dlm 20 minit.. takderlah mencabar sgt pun buat muffin ni sbb resepi ni tak perlukan mixer.. main lempar jerk.. Chocolate Muffin ku pun siap ler.. sedap sey.. hehehe .. laki aku pun puji..
Sorry aku tak tempek gambar kat sini sbb asben ku nyer digital camera di pinjam oleh abang iparku yg ke Mekah mengerjakan umrah..

So kengkawan yg nak cuba tu bolehlah refer kat resepi di bawah ni yg aku amik dr My Resipi.com :-

Bahan-bahan ( utk 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powd

Cara2
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler"
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang)
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit
7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit (sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.. ok dah siap !!!

Selamat mencuba ; )

No comments: